BlaCkLisT cLuB sOnGZz..

Friday, June 4, 2010

sElOka 2 pErDaNa

Indah nian waktu pagi
Indah lagi 2 Perdana
Dengarlah ceritera kelas kami
Harap terhibur jangan terpana

2 Perdana nama diberi
Optimus Primez gelaran kami
SIR SUHAIMI sentiasa digeruni
Walaupun gangster tapi baik hati

15 putera 15 puteri
Setiap orang ade pasangannya
Guru kelas kami hot orangnya
Sampai terlebih macho terjaga

Ketua berwibawa Penolong berdedikasi
Itulah mereka MURSYID & AINUL
Tapi Mursyid orangnya 'TEGAS' sekali
Ainul pula terlebih control

Seorang emo seorang peramah
Itulah dia ANIS dan FITRAH
NAIM pula terlebih ramah
Tapi bile kelas bising terus zikrullah

Namanya WANI digelar Parol
Tanpa cermin huru hara hidupnya
Ini pula kisah si AMIRULL
Digelar wara' usahawan berjaya

Gosip si ALIA hot sekali
Inovasi terkini flusher sensasi
ANIQ pula gentleman berseri
Mengalahkan jejaka Malaysia kini

Anti DM sentiasa dipentingkan
Itulah HAJAR tinggi diidamkan
T-shirt kelas dia rekakan
Teknologi komputer , ZHARIQ punye kelebihan

Berbahas BM serah padanya
Namanya AINA tidak asing lagi
Menterinya FAISAL orangnye kaya
Tapi suruh bayar duit kelas liat sekali

Suara kuat keunikan dimiliki
Si Mike IZZATI tidak asing lagi
NAIF penganjing sentiasa digeruni
Mamat Ke Po penyibuk sekali

SHAFIKA digelar Datin SBP
Nampak je tegas tapi gambel sekali
REDZA pula Mamat Sensasi
Panggilan Market lekat di hati

Ratu tido gelaran diberi
Namanya FADHILAH x asing lagi
SYAFIQ pula berlawanan sekali
Terlebih aktif terlalu tinggi

Pasal Jepun tanyalah dia
Dijawab FARHANA panjang berjela
Si AIDIL pula sasterawan negara
Buncit perutnya tidak terduga

FIRA dan D0TCH sahabat sejati
Selalu menghangatkan kelas time sepi
ARIQ pula orangnye blur sekali
Orang paling banyak wat kes tahun ni

Persatuan Silat menjadi pilihan
Banyak chemistry sama padan
Itulah USTAD pasangannya IMAN
Kawan saje coz KAPEL DIHARAMKAN

Menangis sedih x berlagu
Itulah DONZEMA baru putus cinta
Kurus dan gebu tiada yang mahu
HAZMIR meriahkan 2 Perdana

FAZIDATUL NADHIRAH nama diberi
Menaip surat kelebihan dimiliki
Busuk sungguh bau badannya
Itulah HAIKAL bajet je tinggi

Itulah watak 2 Perdana
Sentiasa ceria makin bijaksana
Jangan marah jangan terpana
Pembuat seloka 2x5 sahaja

Bagi yang terasa janganlah marah
Itu semua fakta belaka
Tahun depan boleh berubah
Menjadi mulia menambah pahala

Sekian sahaja seloka kami
Jangan risau jangan khuatiri
Jangan simpan di dalam hati
Minta ampun harap dimaafi
HASIL NUKILAN ,
........................


1 comments:

geboo said...

masyuk siot

Post a Comment